Tuesday, August 13, 2019

Adab dengan Al-Quran

Adab-adab sebagai hamlatul Quran:

  1. Berwudu’
Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan untuk berwudu’. Al-Quran bukanlah buku biasa, ia adalah wahyu suci yang turun dari Allah. Maka, pelbagai tertib perlu dijaga sebelum membaca kalimah-kalimah Allah ini.
  1. Mulut yang bersih
Pastikan anda memberus gigi atau bersiwa’ terlebih dahulu. Pastikan mulut anda bersih dan bebas daripada makanan atau bendasing. Pastikan anda tidak mengaji sambil mengunyah makanan di mulut.

  1. Tempat yang bersih
Pilihlah lokasi yang tenang, bersih dan suci dari najis untuk anda mula membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya, bacalah Al-Quran di Masjid, dengan bantuan tenaga pengajar, jika ada kelapangan.
  1. Mulakan dengan Ta’awwudz dan Basmallah
Mulakan setiap bacaan dengan A’uzubillahiminash syaiton nir rajim, diikuti dengan Bismilla hirahman nir rahim. Bacaan ini dimulakan bersama agar Allah memberi pelindung dari gangguan syaitan yang di rejam ketika membaca Al-Quran dan agar amal ibadah anda diterima kerana Allah taala. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Mudah-mudahan bacaan Al-Quran seterusnya, lancar dengan kehendaknya.
  1. Doa terang hati
Amalkan membaca doa terang hati Nabi Musa sebelum memulakan bacaan.
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, Supaya mereka faham perkataanku.” (Taha : 25-28)




No comments:

Post a Comment

Adab dengan Al-Quran

Adab-adab sebagai hamlatul Quran: Berwudu’ Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan untuk berwudu’. Al-Quran bukanlah buku biasa, ia ada...